Jabatan Imigresen (JIM) menasihati orang ramai agar berwaspada dengan pihak yang menyamar sebagai pegawai agensi penguatkuasaan itu yang kononnya boleh melepaskan pendatang tanpa izin dengan bayaran tertentu.
KUALA LUMPUR, 17 MEI: Jabatan Imigresen menahan 10 pendatang tanpa izin dalam serbuan Op Gegar di sebuah pusat hiburan yang menyediakan persembahan tarian ala Bollywood kepada pelanggan, malam tadi.
SHAH ALAM, 2 DIS: Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhasrat melaksanakan pemakaian kamera badan kepada anggota Jabatan Imigresen di pintu masuk utama negara, khususnya sempadan Johor dan Singapura.
PUTRAJAYA, 6 OKT: Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket menyeludup masuk warga asing dengan menyamar sebagai ahli sukan dengan penahanan 21 warga Bangladesh di Maluri, Kuala Lumpur, Khamis lepas.
KUALA LUMPUR, 9 OGOS: Jabatan Imigresen menahan 27 warga asing yang melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah kelab malam elit di Jalan Sultan Ismail, di sini pagi tadi.
PUTRAJAYA, 1 OGOS: Jabatan Imigresen (JIM) menahan 49 warga asing dan seorang wanita tempatan dalam serbuan di sebuah kilang barangan kitar semula peralatan elektronik di Kawasan Perindustrian Selat Klang Utara, Pelabuhan Klang Selasa lalu.
KUALA LUMPUR, 6 JULAI: Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket pelacuran warga asing menerusi operasi khas di lapan lokasi sekitar Lembah Klang dengan penahanan 75 individu kelmarin.
KUALA LUMPUR, 26 JUN: Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur melumpuhkan sindiket menggunakan warga asing dan kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti mengemis sekitar ibu negara dalam serbuan di Jalan Sultan Azlan Shah malam tadi.
PUTRAJAYA, 27 FEB: Jabatan Imigresen (JIM) sedang berusaha memburu baki 30 pendatang tanpa izin yang masih bebas selepas melarikan diri dari Depot Tahanan Sementara Imigresen Bidor, Perak pada 1 Februari lalu.
KUALA LUMPUR, 21 JAN: Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket aktiviti perlombongan wang digital (bitcoin) didalangi dua lelaki warga China dalam operasi Khas yang dijalankan pada 19 Januari di kawasan rumah kedai di Cheras.
KUALA LUMPUR, 20 JAN: Jabatan Imigresen menahan 4,026 pendatang tanpa izin dalam 870 operasi penguatkuasaan di seluruh negara dalam tempoh 18 hari pertama tahun ini.
KUALA LUMPUR, 7 JAN: Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur menggempur tiga kawasan panas lokasi tumpuan pendatang tanpa izin di sekitar ibu kota malam tadi dan menahan 31 warga asing atas pelbagai kesalahan.
KUALA LUMPUR, 6 JAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 106 pendatang tanpa izin dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di Pangsapuri Seri Cempaka, Rawang awal hari ini.
JOHOR BAHRU, 4 JAN: Seorang juruwang lelaki warga Bangladesh antara lima warga asing ditahan Jabatan Imigresen dipercayai memiliki pasport antarabangsa pelbagai negara dalam serbuan di sebuah premis di Taman Abad, malam tadi.
KUALA LUMPUR, 1 JAN: Serbuan yang dijalankan Jabatan Imigresen di Little India, Brickfields di sini membuahkan hasil apabila lebih 100 warga asing ditahan atas beberapa kesalahan di bawah Akta Imigresen daripada keseluruhan 370 orang yang diperiksa.
KUALA LUMPUR, 2 DIS: Jabatan Imigresen menahan 69 pendatang tanpa izin dalam Operasi Penguatkuasaan di sebuah perkampungan setinggan di Kampung Pantai Dalam di sini, hari ini.
PUTRAJAYA, 21 NOV: Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket pemalsuan pasport didalangi warga Bangladesh yang menjadikan sebuah rumah sebagai markas di Kepong, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR, 4 NOV: Sindiket pemalsuan dokumen didalangi dua lelaki warga Afrika tumpas selepas ditahan dalam operasi khas Jabatan Imigresen di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor 25 Oktober lalu.
KUALA LUMPUR, 1 NOV: Seramai 10 wanita warga asing berjaya diselamatkan Jabatan Imigresen dalam serbuan di sebuah premis perniagaan pusat urut di Seremban, Negeri Sembilan, semalam.
KUALA LUMPUR, 20 OKT: Jabatan Imigresen menahan 136 pendatang tanpa izin termasuk enam wanita yang menyewa beberapa unit kondominium termasuk unit ‘penthouse’, di Jalan Munshi Abdullah di sini, awal pagi tadi.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.